Sunday, 12 August 2012

Dokumentari khas 'Ayat Riwayat' musim kedua, TV Alhijrah

Ramadan ini, TV AlHijrah akan menyiarkan dokumentari khas 'Ayat Riwayat' musim kedua yang disiarkan setiap hari, jam 6.30 petang.
Dokumentari selama 30 minit itu mengisahkan umat terdahulu yang hidup aman di bawah naungan Rasul serta umat yang pupus kerana keingkaran mereka.
Dengan tema 'Bumi Jasan', ia akan membawa penonton mencari penempatan Bani Israel di bumi Mesir seperti yang dinyatakan di dalam kitab Injil sebagai 'The Land of Goshen'.
Penerbitnya, Jasmi Shahir berkata, bagi menyediakan dokumentari itu, mereka mengembara ke empat negara selama 80 hari.
"Penggambaran bermula pada Februari lalu sehingga awal Jun lalu membabitkan Mesir, Sudan, Euthopia dan Uganda.
"Semua itu merangkumi kisah dan sirah Nabi Musa, Idris dan Yusuf seperti yang dicatatkan dalam al-Quran.
"Antara yang menarik ialah pengacara program ini, Ustaz Shahrizan Daud membaca ayat tertentu daripada al-Quran di setiap lokasi yang ada kaitan sejarah.
"Beliau ada melakukan 'stand upper' betul-betul di hadapan mumia Firaun," katanya.
Jasmi berkata, lokasi penggambaran sebahagian besarnya tertumpu di bumi Mesir yang memperlihatkan pelbagai tinggalan bersejarah seperti binaan kuil Firaun.
"Selain al-Quran, kitab Taurat dan Injil juga banyak menceritakan kisah Nabi Musa dan Firaun yang hidup sezaman dengannya.
"Penonton juga akan mengetahui siapakah Firaun yang menindas Bani Israel serta pengikut Nabi Musa berdasarkan gambaran Allah s.w.t di dalam al-Quran," katanya.

# Episod satu tak dapat dalam simpanan

 

 

 

 

 

 

No comments:

Post a Comment