Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

 

ASSALAMUALAIKUM.....
dah lama blog ni tak terusik jenguk pun tidak kebelakangan ni  sebab ada urusan yang wani kena settlekan. buatkan blog ni terabai sekejap ..apa khabar semua?? diharap semua kawan maya wani sihat walafiat.. terima kasih ya buat semua pengunjung yang sudi singgah-singgah buatkan blog wani pun tak sunyi sepi jugak..tak lama lagi dah nak raya haji.. mungkin masih ada lagi bakal jemaah haji yang belum berlepas lagi ke Kota Mekah, wani doakan semoga mereka semua  diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di sana dan semoga mereka selamat pergi dan selamat pulang ke tanah air.dan semoga mereka semua mendapat haji yang mabrur.amin..
berbalik kepada menu ni.tayang menu yang dah lama tertunggak ya... jarang sekali wani nak masak lemak melainkan bila wani dah mengidam sangat baru wani masak. kebetulan ada rebung yang orang bagi dah lama betul dalam firdge.. terfikir nak masak lemak best jugak ni.. memang best  !..tak rugi hihi..  jika ada peluang wani akan melawat blog kawan-kawan semua ya.. buat masa ni banyak urusan perlu disettle.. :)) terima kasih sudi berkongsi resepi ni..

MASAK LEMAK CILI API REBUNG

SOURCE: RESEPI NANNIE

BAHAN-BAHAN :

200 gm rebung

150gm udang - dibersihkan

5 ekor sotong - dibersihkan n potong

3 cawan santan pekat - jika kurang tambah

1 serai - dititik

1 helai daun kunyit - disiat

1 keping asam keping

Garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK LUMAT :

10 biji cili api

1 inci kunyit hidup

CARA MEMASAK:

Masukkan semua santan , bahan ditumbuk lumat , serai , assam keping dan santan ke dalam periuk . Masak semua sampai kuah mendidih dan rebung masak kemudian masukkan sotong , daun kunyit serta udang . Masukkan garam secukup rasa dan kacau bila udang/sotong masak boleh la ditutup api dapur .

* Sentiasa kacau kuah supaya santan tak pecah minyak. Kalau tak cukup masam baru la ditambah asam keping lagi dalam masakan ni .

Saturday, 5 January 2013

Sambal Tumis Terung Pipit/Belanda

 

Aku panggil terung pipit. Tp ada org panggil terung belanda, terung butir & yg lg pelik terung berembang @ terung rembang. Ada yg dimasukkan ke dlm sambal & ada yg celur, kemudian cicah dgn sambal belacan. Tp biasa aku mkn buat sambal bilis. Sedap. Kt umah cousin aku kt kg byk dia tanam pokok ni. Dia tanam dlm pasu sbb selain drpd bleh dimakan, bleh juga dijadikn pokok hiasan. Kbetulan ari ni tak tau nk masak apa. Semlm dh masak grand2, so ari ni masak sempoi je la. Hubby pegi pasar, kirim terung pipit. Nasib baik dia tau rupanya. Sbenarnya dh lama tak mkn sambal tumis bilis. Sekali sekala hujung2 bulan ni mkn yg sempoi ok gak. Kebetulan malas pn ada..hikhikhik..aku tak bleh hidup tnpa sayur/ulam...so aku campur sekali terung pipit ni...lengkap satu hidangan.


SAMBAL GORENG BILIS & TERUNG PIPIT
Sumber : Kak Liza

Bahan
300 gm ikan bilis [goreng garing]
100 gm terung pipit [goreng]
1 s/b cuka
garam
gula
minyak
Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
3 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
Cara
1. Panaskan minyak dan gorengkan bahan mesin sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan cuka dan sedikit gula dan garam. Kacau rata.
3. Bila nampak naik minyak dan garing masukkan ikan bilis dan terung pipit.
4. Siap untuk hidangan.



Sambal tumis terung belanda
Sumber :
cendanakasih

Bahan-bahan
>terung belanda -dibersihkan dan dibelah 2
>ikan bilik
>bawang merah*
>sedikit belacan* (bahan2 8 ditumbuk bersama)
>cili kering kisar
>sedikit air asam jawa
>ikan bilis
>gula, garam, perasa
Cara-cara
1.Tumis bawang ditumbuk bersama cili kering. Biar sampai pecah minyak dan cili masak.
2.Masukkan air asam jawa, ikan bilis dan terung belanda. Kacau lagi. Boleh tambah air kalau kuah terlampau kering.
3.Perasakan dengan gula, garam dan ajinomoto. Biar kuah kering sedikit dan angkat.



SAMBAL KERING TERUNG PIPIT & IKAN BILIS
Sumber : Kak Liza
Gambar :
liwaniel

Bahan:
1 cawan terung pipit[buangkan tangkai, basuh & goreng dalam minyak dan toskan]
1 cawan ikan bilis goreng
Sambalnya...
1 cawan cili mesin
2 labu bawang besar }
2 ulas bawang putih } mesin
sikit belacan..jika suka}
2 s/b Apple Cider Veniger
Cara memasak..
1. Tumiskan sambal sehingga garing dan masukkan ACV.
2. Bila dah naik minyak, baru masukkan ikan bilis dan terong pipit tadi.
3. Kacau rata. Angkat dari kuali.
4. Hidangkan bersama nasi panas...ikan goreng dan sayur lemak kobis...



SAMBAL TUMIS BILIS TERUNG PIPIT
Sumber : shahrose76

Bahan-bahan
~ terung pipit dalam dua genggam - pecah-pecahkan sikit dengan lesung batu
~ ikan bilis segenggam
~ bawang besar dua biji - blend
~ bawang besar satu - di hiris
~ bawang putih 5 ulas - blend
~ halia dalam sebesar ibu jari - blend
~ sedikit ikan bilis tuk perasa - blend
~ sedikit air asam jawa
~ sesenduk cili kering - rebus dulu baru blend
~ garam gula
Cara memasaknya...
1. Panaskan kuali, masukkan minyak...goreng bawang merah yg dah dihiris tadi...jangan lama sekejap saja..kemudian angkat, kemudian goreng ikan bilis segenggam ...pun sekajap jugak... kemudian ketepikan...
2. Dengan minyak yang sama tumis dulu bahan yg diblend...bawang putih, bawang merah
dan halia...dah naik bau baru masukkan cili kering yg dah diblend tadi...kacau hingga pecah minyak...masukkan garam gula..kacau lagi ...masukkan air asam jawa, bawang merah hiris dan ikan bilis yang dah di goreng sekejap bersama...kemudian terung pipit, kacau kalau rasa keras terung pipit tu bolehla masukkan sedikit air...kacau sampai betul-betul masak angkat..
3. Hidangkan bersama nasi panas-panas...takyah lauk lainlah..ada ulam dan kicap makan pasti terangkat punya.... selamat mencuba!!!



Tumis Udang Dengan Terung Pipit
Sumber: Buku Pandai Memasak
Gambar :
kacip

Bahan-Bahan:
300 gm udang hidup dibersihkan dan dibuangkan sebahagian kulitnya
30 sen terung pipit dibersihkan
5 biji cili merah dimayang halus
2 biji cili hijau dimayang halus
Sedikit lengkuas dimayang halus
1 biji bawang besar dimayang halus
3 sudu makan taucu
Minyak untuk menumis secukupnya
Serbuk perasa secukup rasa
1 cawan air
Cara:
Pijarkan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua bahan yang sudah dimayang tadi hingga separuh layu. Apabila telah layu dan naik baunya, masukkan taucu sambil dikacau hingga rata. Kemudian masukkan terung pipit. Kacau lagi hingga setengah layu. Masukkan udang, air dan serbuk perasa secukupnya. Masak sampai kering. Kemudian sesuaikan rasanya.

Saturday, 21 April 2012

RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

image

 

RESEPI CHAR KUEY TEOW PENANG

BAHAN-BAHAN

UNTUK KICAP

  • 100 gm udang
  • 150ml air
  • 2 ulas bawang putih di ketuk (nak lagi best mesin atau tumbuk lumat )
  • 3 sb sos tiram
  • 2 sk kicap pekat
  • 2 sb kicap manis
  • 2 sb pati ikan bilis / pati udang
  • 1 sk garam
  • 1 sk gula

UNTUK KUEY TEOW

  • 150 gm kuey teow
  • 1 sb cili boh
  • Sedikit kerang
  • sedikit kucai & taugeh
  • 1 biji telur

CARA MEMBUATNYA

  1. UNTUK KICAP- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan akan digunakan ye, jgn buang.
  2. Campurkan semua bahan utk KICSP dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi KICAP yg agak pekat. Matikan api biarkan KICAP sejuk dan bolehlah simpan dlm peti sejuk.
  3. UNTUK KUEY TEOW - Tumis cili boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb KICAP tadi. Masukkan udang yg telah direbus tadi dan kerang. lebihkan air untuk lebih kuah.
  4. Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.

Thursday, 22 March 2012

Pari Bakar Berempah Harum

 image

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pari Bakar Berempah Harum
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
bahan-bahan :

  • 2-3 ketul ikan pari (dibersihkan)
  • 1 helai daun kunyit (diracik/dihiris halus)
  • 2 helai daun limau purut (diracik halus)

bahan-bahan dikisar bersama :

  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 helai daun limau purut
  • 3 kelopak bunga kantan (dihiris terlebih dahulu)
  • 1 sudu makan cili giling (boleh ganti dengan cili api jika suka)
  • 1 sudu besar rempah kari ikan
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • sedikit belacan bakar
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • gula dan garam secukupnya
  • sedikit air

Cara-cara :

  1. Panaskan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Tutupkan api. 
  2. Sementara itu, sediakan kertas foil dan dulang pembakar. Letakkan ikan di tengah-tengah kertas foil. Tuangkan kesemua perencah tadi di atasnya. Taburkan hirisan daun limau purut dan daun kunyit dan balut dengan kemas (Guna daun pisang pun boleh). Perapkan sebentar lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian bakar ikan sehingga masak.
  4. Setelah masak, hidangkan. Boleh juga diperahkan sedikit dengan jus limau kasturi/limau nipis jika suka. Memang berbaloi...

Wednesday, 21 March 2012

Masak Lemak Labu

Bahan-bahan ( 4 org makan )
  • 1/2 biji labu - dikupas kulitnya dan dipotong kpd saiz yg sesuai (jgn terlalu kecik)
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang
  • 1 biji cili merah - ditumbuk kasar
  • 2 sudu besar ikan bilis (ditumbuk), boleh ganti dgn udang kering tp xpayah tumbuk
  • santan (kalau cair letak 1 cawan, kalau pekat letak 1/2 cawan)
  • garam secukup rasa
  • air secukupnya
  • sayur bayam/soo hoon
 
Cara-cara
  1. Letakkan labu yg telah dipotong dgn bawang merah, cili dan ikan bilis ke dalam periuk.
  2. Tambahkan air sehingga menenggelami labu. Kemudian, buka api.
  3. Biar sampai labu menjadi agak lembut (cucuk dgn garfu).
  4. Masukkan santan, garam secukup rasa. Tambahkan air jika mahu lebih kuah. Biarkan sehingga mendidih dan santan masak.
  5. Akhir sekali, masukkan soo hoon atau bayam. Biar sekejap saja supaya tak terlampau lembik. Hidangkan.

Thursday, 8 March 2012

NASI BUKHARI

image

Bahan (untuk 8 - 10 orang)

  • 3 1/2 cawan beras basmathi (akak guna basmathi Moghul Faiza)
  • rempah 4 sekawan (2 in. kayu manis, 2 kuntum lawang, 3 kuntum cengkih, 3 biji pelaga)
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan susu sejat
  • 1 paket rempah bukhari Faiza (atau jenama lain)
  • 3 biji cili hijau - dibelah
  • 1 pokok daun ketumbar
  • 2 biji buah tomato - dibelah 4 setiap biji
  • sedikit gula (optional)
  • garam secukup rasa
  • 2 sudu besar minyak sapi
  • 4 sudu besar minyak jagung/minyak sayur
  • bawang goreng untuk tabur - akak x buat pun
  • hirisan daun bawang - tabur (akak x letak)
Bahan Kisar:-
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inci halia

Enak dimakan bersama ayam panggang halia resepi Chef Hanieliza
(nnt akak masukkan resepi dlm entry selepas ni ya...xdan laa ni.. )

Cara Memasak:-

  1. Basuh bersih beras dan rendamkan 10 - 15 minit. Kemudian toskan.
  2. Dalam periuk panaskan minyak sapi dan minyak sayur dan tumis bahan rempah 4 sekawan dan bahan kisar hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan rempah bukhari dan kacau dengan api perlahan, hingga rempah masak dan naik minyak.
  4. Masukkan air dan biarkan nampak mendidih dan masukkan susu sejat, garam dan gula secukup rasa.
  5. Bila mendidih sikit, terus masukkan beras basmathi dan kacau rata sebentar. Alihkan periuk ke dalam rice cooker dan masak nasi seperti biasa.
  6. Bila nasi hampir kering, masukkan cili hijau, daun ketumbar dan buah tomato. Bila nasi masak, balikkan nasi naik ke bahagian atas sekali dan tutup kembali. Biarkan nasi masak elok.
  7. Hidangkan dengan taburan bawang goreng dan daun bawang. (*akak makan dengan kari ala dalca daging dan ayam panggang halia) - SELAMAT MENCUBA...

Akak buat kari ala dalca daging....sebab xda kacang dhal pun, penuh sayuran jer...hehe

Enak lemak berperisa dengan bau rempah bukhari yg enak...ala2 nasi arab pun ada..

LEMAK TEMPOYAK IKAN PATIN & PETAI.

 

Lemak Tempoyak Ikan Patin & Petai

 

Salam semua, dah makan tengah hari ke....eh..eh, dah petang rupanya..laaa, kejap lagi dah tiba masa minum petang pulak. Ok hari ni atas permintaan bonda ku, mat masak lemak tempoyak ikan patin....letak petai lagi u, ishh sedap nihh, tang petai tu yang buat ianya lagi sedap, harum...sesiapa yang tak makan petai tu tak payah lah letak, tapi "kick" tu kurang sangat2 lah. Ikan tu kan, kalau nak ganti dengan ikan kembong pun sedap..kalau tak pun guna tenggiri atau apa2 ikan yang dirasa sesuai. Tapi bagi penggemar ikan air tawar, ikan patin adalah pilihan tepat selain keli, talapia dan haruan....bukan haruan makan anak yeaa....awass!!!...

BAHAN-BAHANNYA :-)

1 ekor ikan patin sederhana besar
2 papan petai
3 keping asam gelugor
2 helai daun kunyit, disiat2
3 batang serai, dititik
1 1/3 camca besar tempoyak
Garam dan gula secukup rasa
800 ml santan cair
300 ml pati santan
25 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*(*ditumbuk halus)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Ikan patin disiang, cuci dan perap dengan garam dan jus limau nipis selama 20 minit, cuci bersih dan toskan. Petai dikupas dan asingkan dari kulitnya. Ketepikan.
  2. Dalam periuk, satukan bahan tumbuk halus, tempoyak dan serai titik, tuang santan cair kacau rata dan jerang hingga mendidih. Masukkan ikan, petai, daun kunyit dan asam gelugor. Biar mendidih perlahan.
  3. Tambah santan pekat, perasakan dengan garam secukupnya dan sedikit gula. Kacau perlahan dan biar mendidih sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi hangat dan ulam-ulaman..

Friday, 17 February 2012

Pecal Stail Jawa

Bahan-bahan
300 gm kacang tanah

10 biji bawang merah
10 biji bawang putih
6 biji cekur @ kencur (orang jawa je yang guna bahan ini)
30 gm asam jawa

1 1/2 inci persegi (@ sebesar ibu jari) belacan
100 gm cili api
150 gm gula
1 sudu besar (rata) garam @ secukup rasa pilihan masing-masing
1 keping tempe di hiris kecil
Minyak masak untuk menggoreng
Ulaman
1 ikat pucuk ubi (rebus)
1 ikat kacang panjang (celur)
semangkuk bihun (rebus)
1/5 kg tauge (celur)
2 biji tahu (goreng)
2 biji timun
Nota : Ulaman di atas perlu dicelur terlebih dahulu. Banyak lagi ulaman boleh ditambah seperti pucuk ubi, pucuk betik dan sebagainya.

Cara-cara
  • Goreng tempe dan tahu (lumur dengan serbuk kunyit sikit je) sehingga agak garing. Hiris tahu selepas digoreng. Ketepikan
  • Goreng kacang tanah sehingga betul-betul masak). Kisar sehingga agak halus. Ketepikan dahulu
  • Goreng pula asam jawa bersama belacan sehingga belacan masak. Angkat dan ketepikan
  • Sekali lagi, goreng pula cili api, cekur, bawang putih dan bawang merah sehingga layu. Angkat dan ketepikan
  • Selain kacang tanah, tumbuk kesemua bahan yang digoreng tadi bersama-sama gula dan garam sehingga halus dan sekata. (Jgn lupa! Buang terlebih dahulu biji asam jawa)
  • Gaulkan kesemua bahan ini bersama kacang tanah yang telah dikisar tadi sehingga keluar minyak (berkilat)
  • Ambil sebahagian adunan dan bancuh bersama air suam (Air bergantung kepada kepekatan kuah yang diinginkan. Tapi, kalau cair, sangat nanti rasanya kurang dan begitulah sebaliknya)
  • Akhir sekali, simpan adunan selebihnya ke dalam bekas kedap udara dan tempatkan dalam peti sejuk selama 1 jam. Boleh dikeluarkan bila-bila masa untuk bancuhan seterusnya.
  • Jika mahu makan stail jawa, gaulkan semua ulaman bersama tempe dan tahu dahulu. Kemudian siram kuah pecal ke atasnya. Dah boleh makan.
Nota : Sesuai untuk 4-6 orang.

Nasi Ambeng Jawa

 

Tentu ramai yang tak tahu apa itu 'nasi ambeng'. Ini adalah merupakan makanan tradisi masyarakat jawa yang kian pupus. Banyak juga bahan-bahan yang diperlukan untuk menyiapkan satu hidangan 'nasi ambeng' yang sempurna. Saya cuba masukkan dalam entri kali ini mengikut kefahaman saya. Kepada kawan-kawan yang lebih arif dan berpengalaman, harap-harap jangan kutuk dah la...

'Nasi Ambeng' ni biasanya dihidangkan semasa kenduri. Waktu makan, para jemputan hanya jamah sedikit sahaja, kemudiannya akan membungkus untuk dibawa pulang. Tuan rumah akan menyediakan daun pisang, kertas surat khabar dan tali setiap seorang. Dalam satu talam, hidangan dibahagi kepada 4 bahagian.

Bahan wajib untuk 4 orang:

1. Nasi putih

2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin

3. Mee goreng

4. Serunding kelapa

5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)

6. Sambal tempe

7. Talam

8. Daun pisang

Saya perturunkan juga beberapa resepi mudah untuk bahan di atas. Selamat mencuba.

Mee goreng Jawa

Bahan :

Mee kuning 2 paket

Taugeh 50 sen

Bahan untuk di mesin

4 biji Bawang merah

3 ulas Bawang putih

1.5 biji buah keras

kicap mee 4 sudu ( agak2)

lada kering 2sudu

1 sdb lada hitam

1 sdb udang kering

letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)

Caranya:
Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.

Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

Serunding kelapa

Sebiji kelapa parut
Bahan untuk di mesin
jintan manis 1 jemput
1sudu jintan putih
3sudu ketumbar
4 batang serai
1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
1/2 inci halia
4 ulas bawang putih
4 biji bawang merah
2 sdb lada kering blend
1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
2 sdb udang kering
Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
Gula dan garam secukup rasa.
Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

Caranya:
1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

Yang lain-lain tu korang pun pandai masak kan...so, tak payah la saya tambah kat sini.

Friday, 10 February 2012

RESEPI MASAK ASAM PEDAS MELAKA

orait... ini adalah bahan bahan yang diperlukan :
ikan parang/kembung/pari kalo nak pakai ikan lain pon boleh jugak

  • 7/8 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci persegi belacan
  • 1 inci kunyit hidup (boleh juga gunakan kunyit serbuk)
  • 1 cawan air asam jawa
  • cili yang telah dikisar (dapat yang digiling lebih sedap)
  • 2 sudu besar kerisik(kelapa goreng)
  • sedikit halba
  • 1 inci sedikit halia
  • Air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • asam jawa.
  • daun kesom
  • Cara memasak:

    • Kunyit hidup dan bawang putih dimesin lumat. Kemudian masukkan bwg merah ...mesin separuh lumat...masukkan belacan pastu mesin jugak.
    • Panaskan periuk dan minyak untuk menumis.
    • Setelah minyak panas masukkan halba (lebih kurang 4/5 biji)tak boleh banyak nanti pahit.halba untuk naik bau wanginya.
    • Masukkan bawang merah,putih,belacan,kunyit,yang telah ditumbuk tadi.kacau.
    • Masukkan cili yang telah diblander(7/8 sudu besar-tengoklah pekat ke cair cili mesin tu)kkacau sebati masukkan kerisik. 
    • Tumiskan dengan api sederhana sehingga garing (macam buat sambal)atau cili berubah warna sedikit merah hitam.
    • Setelah garing masukkan air asam jawa.tambah air biasa tengoklah nak kuahnya banyak mana /sesuai ngan ikan.
    • Kacau biar bahan tumis tadi sebati ngan kuah.
    • Masukkan daun kesom.ni untuk wangi dan rasa sedap..sikit je..
    • Masukkan ikan.kemudian masukkan halia yang telah ditumbuk sedikit(usah ditumbuk lumat)atau dihiris halus.
    • Didihkan kuah...masukkan garam ikut sedap anda
    Ok dah pon masak..
    Nota kaki : untuk rasa masak asam yang sebenar benar melaka pastikan masak dengan ikan parang dulu k.

    RESEPI KETAM MASAK LEMAK CILI PADI

    BAHAN BAHAN

    • ketam 1kg
    • serai 3 batang, dititik
    • daun kunyit 2 helai
    • garam 2 sudu teh/secukup rasa
    • gula 1 sudu teh/secukup rasa
    • asam keping 2 keping
    • lengkuas 3 cm, ditumbuk sedikit
    • santan pekat 300ml
    • air satu gelas

    Bahan-bahan untuk dikisar:

    • bawang merah 10 ulas
    • bawang putih 4 ulas
    • halia 2cm
    • kunyit hidup 4cm
    • cili padi 10 biji

     

    CARA MEMBUATNYA

    • Bersihkan ketam dan belah kepada 2 bahagian.
    • Campurkan kesemua bahan-bahan (kecuali ketam) ke dalam periuk dan kacau perlahan-lahan secara berterusan sehingga mendidih. 
    • Masukkan ketam. Tutup api setelah ketam masak.

     

    PERINGATAN : Jangan masak ketam terlalu lama kerana menyebabkan isi ketam keras dan rasa manis isinya akan hilang.

    Wednesday, 1 February 2012

    Kari Ayam Hijau

     

    Dah lama saya teringin nak masak kari ayam hijau…. tetapi selalu saja tertangguh sebab susah gak nak dapatkan bahan bahan penting seperti daun selasih dan terung pipit. Sebenarnya asal kari hijaunya dari negara Thai.  Resepi yang saya wat ni dari restoran Thai  ( nama penuh die…. Restoren Thai Aroi Dee, Palm Garden Hotel Putrajaya….. promo sket).

    Biasanya Kari ayam hijau dimakan ngan nasi putih je….. tapi hari ini saya makan dengan nasi minyak pandan yang berwarna hijau….. seperti dalam gambar siap ada acar timun, popedom dan sambal belacan ( atas permintaan suami yang sangat sangat suka makan sambal belacan). Kalau nak resepi Nasi Minyak Pandan, amik kat sini . Kalau nak resepi acar timun boleh check kat sini.

    Masa masak kari hijau ni, dapur saya sangat-sangat beraroma hingga menusuk hidung dan membangkitkan selera sesiapa saja yang terbau!! Kerana masakan ni banyak menggunakan bahan yang kuat baunya seperti daun ketumbar, daun limau purut, daun selasih, lengkuas, serai dan lain2. Terung pipit saya ganti dengan terung panjang je kerana saya tak berjaya untuk mendapatkannya. Anyway saya suka kari ni walaupun first time makan……

    Resepi asal dari majalah Rasa tapi telah saya ubah suai kerana resepi asal gunakan gram…. saya ni manalah ada masa nak sukat semua bahan2 tu… kalau masak ikut suka suka hati sendirik je….. so layan je resepi kat bawah ni.

    Resepi Kari Ayam Hijau

    1 ekor ayam sederhana

    Bahan A

    1 1/2  inci lengkuas
    1 inci halia ( resepi asal tak letak… tapi saya letak sebab saya fobia bau hanyir ayam)
    10 biji cili padi ( boleh tambah atau lebih- ikut citarasa )
    6 -12 biji cili hijau
    1 biji bawang besar ( saiz besar)
    4-5 ulas bawang putih
    10 g daun ketumbar ( kisar batang dan akar sekali )
    2 batang serai
    5 gm belacan ( saya letak sikit je… dalam 1/4 inci )
    1 sudu teh lada putih
    2 sudu teh biji ketumbar
    1 sudu teh jintan manis

    Bahan B

    20 gm Daun salasih ( nama lain- Thai basil) – dalam 10 helai je dah cukup!!
    3 helai daun limau purut
    4 batang kacang panjang ( potong 1 1/2 inci)
    50 g terung pipit
    500 g santan kelapa
    2 sudu teh sos ikan ( jika suka)
    1 sudu teh gula
    sedikit garam
    1/2 kiub ayam

    Cara Penyediaan

    1. Kisar  atau tumbuk lada putih, biji ketumbar dan jintan.
    2. Kemudian campurkan dengan bahan A dan sedikit air. Kisar hingga hancur.
    3.  Satukan ayam  dan bahan A yang telah di kisar serta sedikit air dalam periuk. Masak hingga ayam 3/4 masak.
    4. Kemudian masukkan Bahan B kecuali daun dan sayur-sayuran kedalam ayam tadi.
    5. Kacau hingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
    6. Sesuaikan rasa garamnya, kemudian masukkan sayur-sayuran.
    7. Angkat dan hidangkan.

    Kredit To : Kak Wan

    Resepi Nasi Tomato Dan Air Asam Tomato

    image

     

    image

     

    1) Nasi Tomato
    2) Air Asam Tomato
    Resepi Ayam golek dan daging serai lengkuas tu kemudian sikit lah. Nanti panjang sangat, confuse pulak.
    Resepi 1) Nasi Tomato
    Bahan-bahan
    Bahan untuk Nasi
    5 cawan Beras wangi atau Basmathi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
    1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu).
    1 tin kecil pes tomato + air (jadikan 1 cawan air tomato, kalau untuk nasi minyak sahaja, tomato paste tak payah gunalan)
    5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
    Garam secukup rasa.
    Bahan untuk menumis
    2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
    2 ulas bawang putih juga diris nipis
    1 inci halia dihiris halus
    1 biji buah pelaga
    1 biji bunga lawang
    3 inci kulit kayu manis
    3 sudu minyak sapi (ghee)
    2 sudu margerin atau butter
    1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
    Daun pandan 2 helai kalau ada.
    Bahan untuk hiasan
    Kismis
    Badam
    Gajus
    Bawang goreng
    Hirisan daun bawang dan daun sadri, atau daun pudina/mint.
    Cara memasak
    Mula2 buat air rebusan ayam atau daging

    Caranya.
    Ayam/daging di basuh dan di potong
    Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
    Kandungan air mestilah cukup untuk nasi seperti di atas (kat bahan2 tu !)
    Ambil air sahaja untuk nasi.

    Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
    Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
    Ini pun dah jadi resepi dalam resepi ni. Tak pe lah resepi bonus jadinye.

    Cara nak masak nasi
    1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker.
    2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk lain.
    3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
    4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
    5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
    6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasi ni.
    7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
    8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
    9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
    10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Masukkan daun sadri atau mint ke dalam periuk kacau dan tutup. Nasi akan menjadi lebih harum.
    Untuk hiasan
    Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
    Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
    Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
    Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
    Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

    Resepi 2 : Air Asam Tomato

    Bahan-bahan

    • Cili merah, belacan dan garam di tumbuk/blender buat sambal belacan
    • Buah tomato dan bawang besar dihiris nipis2 dan di gaulkan dengan sambal belacan.
    • Masukkan cili sos dan gula (jika suka) dan sedikit air.
    • Boleh dimakan buat cicah daging yang direbus empuk dan di hiris nipis2 atau ayam goreng jugak.

    Resepi Udang Masak Lemak Cili Api Tempoyak

     

    Bahan-bahan (3-4 orang)

    500g udang
    1 ulas bawang besar – dikisar
    3 ulas bawang putih – dikisar
    1 inci kunyit hidup – dikisar
    15 biji cili padi – dikisar
    3 batang serai – diketuk
    1 helai daun kunyit – dihiris
    500g santan
    3 sudu besar tempoyak
    Sedikit air
    Garam dan gula

    Cara-cara

    1. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam periuk. Masukkan sedikit air. Masak sehingga kering dan pekat.
    2. Masukkan santan, serai dan daun kunyit. Kacau sekata supaya santan tidak pecah.
    3. Masukkan tempoyak dan kacau hingga sekata. Kemudian masukkan udang. Biarkan mendidih seketika.
    4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    5. Siap untuk dihidangkan.

    Resepi Pajeri Nenas

     

    Bahan-bahan (4-5 orang)

    1/2 biji nenas
    10 ulas bawang merah – dikisar
    2 ulas bawang putih – dikisar
    1/2 inci halia – dikisar
    1/2 inci lengkuas – dikisar
    1/4 inci kunyit hidup – dikisar
    Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga
    2 sudu besar cili kisar
    4 sudu besar rempah gulai cap bunga ros
    1 sudu besar rempah masak cap bunga ros
    1 sudu besar kerisik
    4 cawan santan
    1/2 keping gula melaka
    Garam dan gula

    Cara-cara

    1. Hiris nenas nipis-nipis. Celur sehingga agak layu dan kemudian toskan.
    2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik bau.
    3. Masukkan bahan-bahan kisar.
    4. Masukkan rempah gulai, rempah masak dan kerisik. Kacau sekata dan biarkan selama 6-7 minit.
    5. Masukkan santan dan gula melaka. Kacau hingga mendidih.
    6. Masukkan nenas, garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga pekat.

    Cara buat kerisik

    • Goreng kelapa parut di dalam kuali tanpa minyak sehingga keperangan.
    • Tumbuk dalam lesung batu sehingga keluar minyak.

    Resepi Ayam Masak Merah

    Bahan-bahan (4-5 orang)

    1/2 ekor ayam atau 5 ketul peha ayam (terpulang)
    Garam dan kunyit
    1/2 ulas bawang besar (dihiris bulat)
    10 ulas bawang merah (dikisar)
    2 ulas bawang putih (dikisar)
    1 inci halia (dikisar)
    2 batang serai (diketuk)
    2 sudu besar cili kisar
    1 biji tomato (dihiris)
    1/2 cawan sos tomato
    Garam dan gula secukup rasa
    Minyak masak untuk menumis

    Cara-cara

    1. Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
    2. Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar, tomato dan sos tomato. Tumis sehingga pecah minyak.
    3. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
    4. Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
    5. Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biar 2-3 minit.
    6. Siap untuk dihidangkan.

    Kalau tak nak pedas, kurangkan sikit cili kering. Boleh tambah 2-3 helai daun limau purut untuk aroma yang menyelerakan.

    Cadangan Hiasan:)

    Hiaskan hidangan dengan daun saderi, kacang peas dalam tin tu bersama bawang goreng

    Nota Bibir Seksi:)


    Simple kan?? sedap plak tu..bagi sesiapa yang malas atau x berapa rajin boleh try menu ni untuk hidangan makan tengahari atau makan malam.