Wednesday 1 February 2012

Kari Ayam Hijau

 

Dah lama saya teringin nak masak kari ayam hijau…. tetapi selalu saja tertangguh sebab susah gak nak dapatkan bahan bahan penting seperti daun selasih dan terung pipit. Sebenarnya asal kari hijaunya dari negara Thai.  Resepi yang saya wat ni dari restoran Thai  ( nama penuh die…. Restoren Thai Aroi Dee, Palm Garden Hotel Putrajaya….. promo sket).

Biasanya Kari ayam hijau dimakan ngan nasi putih je….. tapi hari ini saya makan dengan nasi minyak pandan yang berwarna hijau….. seperti dalam gambar siap ada acar timun, popedom dan sambal belacan ( atas permintaan suami yang sangat sangat suka makan sambal belacan). Kalau nak resepi Nasi Minyak Pandan, amik kat sini . Kalau nak resepi acar timun boleh check kat sini.

Masa masak kari hijau ni, dapur saya sangat-sangat beraroma hingga menusuk hidung dan membangkitkan selera sesiapa saja yang terbau!! Kerana masakan ni banyak menggunakan bahan yang kuat baunya seperti daun ketumbar, daun limau purut, daun selasih, lengkuas, serai dan lain2. Terung pipit saya ganti dengan terung panjang je kerana saya tak berjaya untuk mendapatkannya. Anyway saya suka kari ni walaupun first time makan……

Resepi asal dari majalah Rasa tapi telah saya ubah suai kerana resepi asal gunakan gram…. saya ni manalah ada masa nak sukat semua bahan2 tu… kalau masak ikut suka suka hati sendirik je….. so layan je resepi kat bawah ni.

Resepi Kari Ayam Hijau

1 ekor ayam sederhana

Bahan A

1 1/2  inci lengkuas
1 inci halia ( resepi asal tak letak… tapi saya letak sebab saya fobia bau hanyir ayam)
10 biji cili padi ( boleh tambah atau lebih- ikut citarasa )
6 -12 biji cili hijau
1 biji bawang besar ( saiz besar)
4-5 ulas bawang putih
10 g daun ketumbar ( kisar batang dan akar sekali )
2 batang serai
5 gm belacan ( saya letak sikit je… dalam 1/4 inci )
1 sudu teh lada putih
2 sudu teh biji ketumbar
1 sudu teh jintan manis

Bahan B

20 gm Daun salasih ( nama lain- Thai basil) – dalam 10 helai je dah cukup!!
3 helai daun limau purut
4 batang kacang panjang ( potong 1 1/2 inci)
50 g terung pipit
500 g santan kelapa
2 sudu teh sos ikan ( jika suka)
1 sudu teh gula
sedikit garam
1/2 kiub ayam

Cara Penyediaan

1. Kisar  atau tumbuk lada putih, biji ketumbar dan jintan.
2. Kemudian campurkan dengan bahan A dan sedikit air. Kisar hingga hancur.
3.  Satukan ayam  dan bahan A yang telah di kisar serta sedikit air dalam periuk. Masak hingga ayam 3/4 masak.
4. Kemudian masukkan Bahan B kecuali daun dan sayur-sayuran kedalam ayam tadi.
5. Kacau hingga ayam empuk dan kuah agak pekat.
6. Sesuaikan rasa garamnya, kemudian masukkan sayur-sayuran.
7. Angkat dan hidangkan.

Kredit To : Kak Wan

No comments:

Post a Comment