Monday 27 February 2012

Huawei Ascend P1 S – Telefon Pintar Ternipis Di Dunia

Jika tahun lepas Samsung Galaxy S II dikatakan telefon pintar yang ternipis dengan ketebalan 8.5 mm, kemudian gelaran tersebut dirampas oleh Motorola RAZR XT910 dengan ketebalan 7.1mm. Dan kini gelaran telefon pintar ternipis di dunia dipegang oleh Huawei Ascend P1 S dengan ketebalan 6.68mm. Nampaknya, syarikat pembuat telefon kini sedang berlumba-lumba untuk membuat telefon pintar yang ternipis selain daripada mempunyai spesifikasi yang berkuasa dan berkualiti tinggi.

Selain daripada Huawei Ascend P1 S, Huawei juga memperkenalkan Huawei Ascend P1 yang mempunyai bentuk sama seperti P1 S tetapi mempunyai ketebalan yang berbeza iaitu sebanyak 7.69mm.

Untuk Huawei Ascend P1 S ianya mempunyai ciri seperti 4.3-inch Super AMOLED 960 x 540 touchscreen with Corning® Gorilla® Glass. Selain dari itu, ia juga didatangkan dengan dual-core 1.5GHz TI OMAP 4460 Cortext-A9 processor dan menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Sehingga kini ia dilaporkan didatangkan didalam 3 warna iaitu metallic black, ceramic white dan cherry-blossom pink.

Pihak Huawei mejanjikan ia akan dipasarkan di Europe, Asia-Pacific, North America, Australia, Middle East, dan China seawal April 2012. Harga pasaran masih tidak lagi diketahui.


Spesifikasi Penuh Huawei Ascend P1/P1 S

Spesifikasi Teknikal


Dimensi : P1 – 7.69mm x 64.8mm x 129mm; P1 S – 6.68mm x 64.8mm x 129mm
Skrin : 4.3-inch super AMOLED 960 x 540 dengan Corning® Gorilla® Glass
Prosessor : Dual-core 1.5GHz TI OMAP 4460 Cortext-A9 processor
GPU : SGX 540 graphic processor
OS : Android 4.0 Ice Cream Sandwich OS
Bateri : 1670 mAh/1800mAh bateri
Audio : 5.1 surround sound with Dolby Mobile 3.0 Plus
Kamera : Belakang – 8-megapixel BSI with AF, 1080p HD rakaman video. Hadapan – 1.3-megapixel HD, 720p HD rakaman video. Dual flash LED dan HDR effect optimization
Memori Dalaman : 1GB RAM dan 4GB ROM
Wireless : WiFi 802.11b/g/n
Bluetooth : Bluetooth 3.0 HS
Network : Menyokong UMTS 5 Bands 850/900/AWS/1900/2100 MHz dan GSM 4 Bands


Lain-Lain Spesifikasi

MHL-HDMI connections
Dual microphone noise reduction
Supports proximity, ambient light, eCompass, accelerometer, gyro sensors
Editing and software for PowerPoint and PDF documents
DLNA support

Didatangkan didalam pelbagai pilihan warna; metallic black, ceramic white, dan cherry-blossom pink. Pilihan warna lain juga mungkin akan diberitahu kelak.

Video Promo Huawei Ascend P1/P1S

No comments:

Post a Comment