Wednesday 1 February 2012

Resepi Nasi Tomato Dan Air Asam Tomato

image

 

image

 

1) Nasi Tomato
2) Air Asam Tomato
Resepi Ayam golek dan daging serai lengkuas tu kemudian sikit lah. Nanti panjang sangat, confuse pulak.
Resepi 1) Nasi Tomato
Bahan-bahan
Bahan untuk Nasi
5 cawan Beras wangi atau Basmathi ( kalau tak ada beras biasa pun boleh)
1 cawan susu cair (condense milk pun boleh tapi kena campur dgn air ½ cawan susu + ½ cawan air, nanti manis sangat nasi tu).
1 tin kecil pes tomato + air (jadikan 1 cawan air tomato, kalau untuk nasi minyak sahaja, tomato paste tak payah gunalan)
5 - 6 cawan air rebusan ayam atau daging (lebihkan air kalau beras yang jenis keras sikit, kurang kalau beras lembut)
Garam secukup rasa.
Bahan untuk menumis
2-3 ulas bawang merah di hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih juga diris nipis
1 inci halia dihiris halus
1 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
3 inci kulit kayu manis
3 sudu minyak sapi (ghee)
2 sudu margerin atau butter
1 sudu minyak masak biasa (minyak kelapa atau soya atau apa2 lah)
Daun pandan 2 helai kalau ada.
Bahan untuk hiasan
Kismis
Badam
Gajus
Bawang goreng
Hirisan daun bawang dan daun sadri, atau daun pudina/mint.
Cara memasak
Mula2 buat air rebusan ayam atau daging

Caranya.
Ayam/daging di basuh dan di potong
Rebus dengan air sehingga air mendidih. Masukkan sedikit garam.
Kandungan air mestilah cukup untuk nasi seperti di atas (kat bahan2 tu !)
Ambil air sahaja untuk nasi.

Kalau ayam yang digunakan, ayam boleh diperap dengan kicap dan sedikit gula atau madu. Kemudian di goreng jadikan ayam berkicap, sedap dimakan dgn sos.
Kalau daging sama jugalah, perap dengan kicap dan kemudian masak sampai daging empuk, masukkan gula sikit, ubi kentang yang dipotong nipis membulat. Masukkan daun bawang dan hirisan bawang besar.
Ini pun dah jadi resepi dalam resepi ni. Tak pe lah resepi bonus jadinye.

Cara nak masak nasi
1. Basuh beras dan toskan. Kalau nak guna rice cooker, masukkan beras yang telah ditoskan ke dalam rice cooker.
2. Panaskan minyak (yang tiga jenis tu) di dalam periuk lain.
3. Masukkan bahan-bahan tumisan (bawang merah, bawang putih, rempah2 etc.)
4. Kalau ada daun pandan masukkan sekali.
5. Bila bawang dah kuning, garing sikit, bau pun dah naik, masukkan air rebusan dan susu
6. Masukkan kan garam secukup rasa. Kalau air rebusan dah di tambah garam, kurangkan garam dalam nasi ni.
7. Kacau selalu, bila dah mendidih, angkat dari dapur dan masukkan ke dalam rice cooker yang berisi beras. Masak macam biasa masak nasi.
8. Bila nasi dah kering, kacau dan lihat samada lembut atau masih keras. Kalau agak keras atau nak lembutkan lagi, masukkan air rebusan atau air panas biasa ke dalam rice cooker dan tutup hingga masak.
9. Kalau tak pakai rice cooker, sampai kat step 7 di atas, masukkan beras yang ditoskan tadi ke dalam periuk. Kacau, rasa garamnya dan tutup. Api biar sederhana, nanti yang bawah akan hangit dan yang atas masih mentah.
10. Biarkan nasi kering. Kacau dan kecilkan api. Biar sampai nasi masak. Masukkan daun sadri atau mint ke dalam periuk kacau dan tutup. Nasi akan menjadi lebih harum.
Untuk hiasan
Hirisan badam dan gajus di goreng hingga kuning.
Kismis boleh digoreng atau tidak di goreng
Bawang merah di mayang nipis dan di goreng
Daun sadri dan daun bawang di hiris halus.
Bila nasi dah masak sempurna, sendukkan ke dalam pinggan dan taburkan bahan-bahan hiasan.

Resepi 2 : Air Asam Tomato

Bahan-bahan

  • Cili merah, belacan dan garam di tumbuk/blender buat sambal belacan
  • Buah tomato dan bawang besar dihiris nipis2 dan di gaulkan dengan sambal belacan.
  • Masukkan cili sos dan gula (jika suka) dan sedikit air.
  • Boleh dimakan buat cicah daging yang direbus empuk dan di hiris nipis2 atau ayam goreng jugak.

No comments:

Post a Comment