Rintihan Hati Untuk Mu Ilahi
Ya Allah
aku mencintaiMu
aku hambamu yang lemah
janganlah kau tinggalkanku sendirian
aku sepi tanpa mu
aku resah tanpa redhaMu
aku ketakutan andai hilang maghfirahMu
ampunilah aku ya Allah
hamba yang selalunya khilaf
tersilap dalam bertatih
di titian penipuan
kerap ku berhadapan
onak kemunafiqan
racun kefasiqan
serta kuku besi kekufuran
pimpinlah aku Ya Allah
jangan pernah lepasi aku
kerana aku
teramat amat
menyayangiMu
Khatimah khilaf
Kelemahan dan kekhilafanku
menyakitkan kalbu temanku
kemanusiawian ini
memustahilkan aku bernada sempurna
Ku mohon maaf
saat munculnya keaibanku
dalam aku merentas arena alpa
diri ini yang tiada sempurna
menghulurkan salam
ke tiap gurisan hati
yang ku sakiti
Barangkali dosa-dosaku
assbab kaffarahku
mungkin musibah itu
menghampirkanku kepadaNya
atau mungkin
ianya nikmat
tanda Tuhan
masih sayangi aku
Banduan nan bahagia
Dunia bukanlah syurga
bahkan penjara
bagi mukmin bertakwa
yang gentar
kala bergegaran
firman azabNya
Bahkan begitu,
Yusuf a.s sanggup dipenjara
Musa a.s
tangkas berdepan firaun terlaknat
Malahan lagi
Zakaria a.s
Isa a.s
dan Habibun Najah
rela tersiksa
sekadar di dunia
yang sempit nan sementara
Sungguh benar
terpateri kalam
syurga bagi banduan dunia
yang rela
menyiksa nafsunya menahan yang haram
menekan hatinya
berterusan taat
Malahan lagi,
syurga kemudiannya
rindu pula
pada si dia
perindu syurga
Rindu Musafir
Untuk apa aku kufur?
sedang tuhanku mncukupkanku
Apa ada pada dunia?
pencintanya akan sengsara
serta perindunya
diapit nafsu
lalu mengelabui mata hati
Apa yang kau cari di dunia ini?
biarkan imanmu menjawabnya
Apa ada pada jelitawan?
andai bidadari sedia menanti
Apa ada pada harta duniawi?
sedangkan akhirat kekal abadi
Apa ada pada pangkat dan darjat?
bisakah dibawa
ke liang lahad?
Wahai sang Musafir,
Safarmu pasti berakhir
janganlah
kau hasratkan dunia tempat bermuqim
sudahkah kau bawa iman dan amal
bagimana nanti
andai ajal
memanggilmu pergi?
Cintailah cinta kerana Allah
Cintailah cinta kerana Allah
tak perlu berbalas sentuhan
andai sudah berbalas doa
tak perlu bertaut maksiat
andai sudah bertaut takwa
jika hati yang dicintai
perlukah musnah sebuah maruah
benarkah couple tanda cinta?
atau ia fatamorgana
bahagiakah hati dalam kemungkaran
bahagiakah hati dalam syubhah
cinta ini dari Allah
tanya hatimu..
di mana letaknya Dia?
Sign-Up with EverydayFamily today and you will get stage by stage pregnancy and baby newsletters, offers and coupons as well as access to free baby samples, baby coupons, baby magazines & much more.
ReplyDeleteNew Members Can Win Free Diapers for a Whole Year!