Sinopsis Cinta dan Wahyu
Assalamualaikum (",)
sinopsis ni copy dari blog penulis novel . Kala Cinta dan Wahyu Bersatu . tapi itu lah kan, watak Wardah dah tak de . tapi aku cenderung dengan watak Tasnim (sahabat Wardah masa sekolah) dengan Balqis . muncul watak baru Amelia (sepupu Amir yang dah lama pendam perasaan dengan Amir) . tapi yang bestnya, perasaan yang tak dizahirkan . perit kan rasa .
SINOPSIS
Kesudahan kisah WCBS kelihatan tergantung apabila cinta Balqis terhadap Amir berakhir tanpa kepastian. Justeru, Balqis sudah berputus asa, namun dia belum mematikan niatnya untuk mencari pemuda seperti Amir sebagai pasangan hidup. Manakala Amir masih dalam kebingungan setelah selamat menjalani pembedahan.
Amir berada dalam status penyembuhan selama setahun. Sewaktu beliau tidak mampu berjalan dan bekerja, di situlah ustaz Hamdi yang pernah mendidik beliau kembali mencurahkan perangsang dan motivasi. Ustaz Hamdi menyedarkan Amir agar terus berjuang dengan mata pena sebagai satu wasilah dakwah.
Di sebalik kisah Amir dan Balqis. Muncul watak Tasnim yang merupakan sahabat baik arwah Wardah. Beliau adalah seorang gadis yang membawa legasi cinta Wardah, dia menyimpan janji Wardah yang mahukan Tasnim menemui Amir. Ada beberapa perkara yang telah dituntut oleh Wardah dan perlu disempurnakan oleh Tasnim. Dari situ, Tasnim mula berdoa agar suatu hari dia akan ditemukan dengan Amir.
Sepanjang Amir berkerusi roda, Amelia yang berada dalam course perubatan mengambil tugas menjaga Amir sebaik mungkin. Amelia, selaku watak sampingan di dalam novel WCBS dan juga merupakan sepupu Amir yang sudah lama memendam kasihnya pada Amir. Bermula dari sekolah rendah, menengah dan kampus. Dia sentiasa mengharap cintanya disambut oleh Amir. Dia banyak memberi dan berkorban untuk Amir. Sewaktu Amir sakit, dia banyak melawat dan menziarahinya. Sehinggalah Amir sihat dan bekerja, dia sentiasa mengharapkan cinta Amir.
Sebaik Amir sihat sepenuhnya, dia menyertai aktiviti penulisan dalam masa yang sama beliau kuat melakukan aktiviti dakwah. Di situ, berlaku pertemuan dan perkenalan antara Amir dan Tasnim. Perbincangan dan perkongsian pendapat berlaku antara mereka, secara jelas Tasnim dapat merasakan ‘keistimewaan’ karekter jiwa Amir.
Balqis akhirnya pulang ke Malaysia. Ternyata, sejurus pulang dari Mesir dia cuba dilamar oleh Izzuddin. Izzuddin juga mengambil langkah proaktif dengan menjadi rakan kongsi perniagaan kepada abang Balqis. Namun, hati balqis masih tawar untuk menerima sesiapa. Balqis mula berdoa dan bermunajat kepada Allah agar menemukan dirinya dengan lelaki sebaik Amir.
Tasnim adalah penggiat sastera yang belajar dalam kursus undang-undang. Beliau yang berasal dari sekolah agama juga merancang untuk menyumbang pengalaman kepada adik-adik di sekolah Naim Lil banat dan juga Maahad. Dari situ dia mula merangka gerak-kerja dan mengumpul tenaga kerja yang mampu menyumbang. Dia mendapat maklumat bahawa Balqis adalah bekas mahasiswi mesir yang banyak bergiat di dalam penulisan, dalam masa yang sama Balqis adalah bekas pelajar Maahad. Dari situ dia cuba menghubungi Balqis. Akhirnya mereka sepakat untuk mengadakan program gabungan dua sekolah iaitu Naim Lil Banat dan Maahad Muhammadi Perempuan. Mereka menamakan bengkel itu sebagai bengkel penulisan kreatif.
Suatu hari Balqis ke bandar untuk melihat kedai milik abangnya. Secara tidak sengaja dia terserempak dengan Amelia dalam satu insiden. Dari situ dia mendapat maklumat bahawa ustaz Amir masih hidup. Balqis ragu-ragu, dia menyangka ustaz Amir yang menjadi sepupu Amelia itu barangkali adalah pelanduk dua serupa. Akhirnya, rasa penasaran itu dicicirkan.
Tasnim pula cuba mendapatkan khidmat Amir yang namanya mula meningkat naik sebagai penulis. Tasnim mahu Amir hadir sebagai panelis dan juga fasilitator bagi bengkel penulisan kreatif. Setelah sepakat mereka bersetuju untuk bekerjasama.
Dalam usaha, Amir membina kerjaya beliau sebagai penulis dan pendakwah. Dia mula dikenali dalam industri penulisan. Juga beliau digemari oleh kebanyakan agamawan di atas kemahiran dan sikap optimis. Dia akhirnya ditawarkan bekerja di pejabat kerajaan sebagai pegawai.
Bengkel Penulisan Kreatif berlangsung, hari program itu bagaikan Sireh Pulang ke Gagang. Merpati pulang ke sarang. Balqis bertemu semula dengan Amir. Ia benar-benar diluar jangkaan Balqis, Amir yang pernah dicintainya masih hidup. Rasa cinta memencar dan menabrak harum di kolong jiwa, namun Balqis teragak-agak untuk mendekati Amir, sekalipun hatinya mahu tetapi dia takut andainya Amir sudah berpunya. Sedangkan, Amir sendiri masih mendoakan agar Balqis kembali kepadanya. Balqis tidak berani berbicara, dia malu semalunya. Kerana Amir pernah menolaknya suatu ketika dahulu. Dia tidak akan menjadi perigi cari timba kali kedua.
Dalam diam, Tasnim yang membawa legasi cinta Wardah mengakui bahawa dia sudah menyukai Amir dan mahu membawa Amir ke dalam keluarganya. Beliau beria-ia menjemput Amir agar menemui keluarganya. Dalam satu pertemuan dengan keluarga Tasnim, Amir tidak mendapat perhatian dengan baik. Ibu Tasnim tidak menyukai Amir kerana beliau sewaktu itu masih menganggur dan tidak mempunyai pendapatan tetap. Sedangkan Amir sewaktu itu telah mendapat tawaran bekerja sebagai pegawai kerajaan.
Tasnim cuba menghubungi Amir dan menjelaskan perasaannya. Namun, Amir secara lembut memberitahu bahawa dia sudah berpunya. Tasnim terkejut dengan kenyataan itu, dia cuba mencari siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir. Dia bertanyakan Balqis, ternyata Balqis juga tidak tahu siapakah ‘si dia’ yang dimaksudkan oleh Amir.
Amir sendiri memberi maksud ‘si dia’ itu adalah Balqis. Namun dia belum pernah menyatakan maksud itu kepada sesiapapun kecuali dalam doanya kepada Allah.
Balqis yang akhirnya menyedari bahawa Amir masih hidup sedikit sedih apabila mengetahui melalui Tasnim bahawa Amir sudah berpunya, namun dia tidak putus asa. Biarpun tasnim sudah menyatakan Amir sudah mempunyai si dia. Namun, dia tetap berdoa agar cinta mereka bersatu. Dia tidak pernah mengungkapkan rasa cintanya secara terus kepada lelaki itu. Dia hanya menyebutkan rasa itu di dalam doa-doanya kepada Allah. Balqis juga tahu, Tasnim dan Amelia juga memendam rasa kepada Amir.
(Kesudahan novel dan drama adalah berbeza, dua versi yang berlainan)
credit to : http://www.ustazcinta.com/index.php/karya/159-novel-kedua
Setiap episod sineteron ini akan diupdate setiap minggu.
http://www.youtube.com/watch?v=sHrKZ8sVaMM -episod 1
http://www.youtube.com/watch?v=pVLBg2x-zYU- episod 2
episod 3
episod 4
episod 5
episod 6
episod 7
http://youtu.be/jhbxPQjhovM - episod 8
http://youtu.be/JaeERxvUqzY – episod 9
http://youtu.be/a05EZs0VQOQ – episod 10
http://youtu.be/Ig8DF--M00k – episod 11
http://youtu.be/zSaGkLsGMMA -episod 12 (akhir)
No comments:
Post a Comment