Maruah diinjak-injak
Tanah-tanah tergadai
Satu demi satu menjadi debu
Hancur terbakar dalam lautan perpecahan yang tidak bertepi
Membakar ummah meragut maruah
Bangsaku, Bangsaku, Bangsaku
Hentikanlah!
Bukankah kita dulu bangsa yang gagah
Menjadi wira perkasa menakluk nusantara
Kita adalah pelaut, pedagang, ilmuan terbilang
Oh! Sejarah itu amat manis untuk dikenang
Dimanakah kurangnya kita,
Kita tidak kecil, tidak juga cacat
Tapi mengapa
Kita sekarang lemah dan hina
Mungkin
Kerana kita berpecah dan bersengketa
Mengejar kuasa dan dunia
Hingga tergadai segalanya
Bukan angkara penjajah
Bukan kerana orang lain
Semuanya kerana kita
Bangsaku,
Usah bersangka-sangka
Lupakan segala beza, jauhkan sengketa
Bukankah kita semua bersaudara
Menghadap kiblat, menyembah tuhan yang sama
Usah putus asa, teruslah mara
Melayu takkan hilang
Islam pasti menang
Dengan islam kita kan gemilang
Melayu sepakat Islam berdaulat
Melayu sepakat Islam berdaulat
Melayu sepakat Islam berdaulat
Sumber: ISMA Australia
No comments:
Post a Comment