Mencari hilangnya satu cahaya
Cahaya yang sebelumnya menerangi jiwa
Kini hilang entah ke mana
Hati gelap tanpa cahaya
Di manakah cahaya hilang menjauhi
Ataupun ianya sekadar bersembunyi
Kembalilah semula cahaya yang dirindui
Sinari semula jiwa yang sunyi
Menyesal hati kerana melupai
Kerugian akibat mengejar duniawi
Sehingga terabai sinar yang suci
Pembantu kemudahan melalui titi
Aku menghitung dosa tertanggung
Tidak termampu untuk menampung
Terlalu berat berbakul bergunung
Hanya taubat menjadi penaung
Semoga Engkau berikan ku semula cahaya
Pinjamkanlah walau sebentar jua
Akan ku tekad untuk menjaganya
Sehingga sampai ke titik akhirnya
Allah menunjukkan cahayaNya (kebenaran agamaNya) kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Perumpamaan cahaya yang diberikan Allah itu ibarat sebuah corong yang di dalamnya ada pelita. Pelita itu dalam kaca. Dan kaca itu seperti bintang yang bercahaya berkilau-kilauan yang dinyalakan dari minyak pohon yang diberi berkat, iaitu pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur dan tidak pula di sebelah barat.
Minyaknya sahaja hampir menerangi, sekalipun tidak disentuh api. Apatah lagi cahayanya. Berlipat ganda.
Oleh: @n@
No comments:
Post a Comment