Wednesday 10 April 2013

Produk Baru: Stesen kerja ala Star Trek

 

 

 

 

 

Anda kini boleh mendapat­kan stesen kerja ala Star Trek apabila syarikat MWE Lab memperkenalkan model pemula iaitu Emperor 150 yang mempunyai rekaan futuristik bagi sistem perkomputeran canggih sama ada di rumah atau pejabat.

Berdasarkan rekaan yang bercahayakan LED, ia memberi pengalaman baru termasuk keselesaan ketika bekerja untuk tempoh panjang dan ciri ergonomik meningkatkan prestasi serta produktiviti anda.

Stesen kerja ini dibina khusus mengikut apa yang anda mahukan dengan ciri paparan sentuh, sistem menapis udara, terapi cahaya, kerusi kulit elektrik yang mengurut badan anda, tiga skrin bersaiz 27 inci setiap satu dan sistem bunyi canggih.

MWE Emperor 150

Harga: Anggaran RM18,000
Voltaj: 100-240V~50/60Hz
Penggunaan tenaga: 100~300 Watt
Konfigurasi monitor: 19” hingga 30”
Sambungan: 3 x HDMI
Berat monitor: 16kg
Audio: Bose(R) 2.1 Acoustimass(R)
Berat: 113kg

No comments:

Post a Comment