Tuesday 29 October 2013

The Black Pearl of Peihoo

Masih Ingatkah Anda Akan Filem Pirates of The Carribean...?
Filem Yang Mengambarkan Sebuah Keagungan Pelayar-pelayar Yang Digelar Lanun Oleh Mereka...
Tahukah Anda...Oleh Disebabkan Ketakutan Mereka Pada Masa Lampau Menjadikan Ia Satu
Tragedi Yang Tak Dapat Dilupakan...Kenalkah Anda Dengan Captain Jack Sparrow...??
Apa Kaitan Kapten Jack Sparrow Dengan Kapten Barbossa...??Siapakah Mereka Berdua...?
Apabila disebut Barbossa, Saya yakin ramai dalam kalangan kita akan

terbayangkan Watak Seorang Lanun memakai penutup sebelah Matanya

seperti yang terdapat dalam filem Pirates of The Carribean....

Namun tahukah Kita, Sebenarnya watak Hector Barbossa Adalah watak yang diadaptasikan dari Watak tokoh Islam yang popular dalam Dunia peradaban Islam dahulu kala...
Barbarossa bererti janggut merah dalam bahasa Itali...

Hanya terdapat tiga tokoh besar dunia yang berjanggut merah, iaitu Maharaja Frederick daripada Rom

(1123-1190) dan dua orang adik-beradik iaitu Aruj dan Khairuddin atau disebut

dengan Hayreddin, kedua-duanya dari Turki.

Islam pernah mengangkat ketamadunan ke peringkat yang tertinggi di bumi Andalusia, kebudayaan, falsafah (sains) dan teknologi (terutama infrastruktur dan senibina) lahir di wilayah semenanjung Iberia (Sepanyol) tersebut...
Thariq bin Ziyad yang telah membawa misi Islam ke bumi tersebut juga telah diabadikan namanya menjadi nama gunung di semenanjung tersebut, iaitu Jabal Thariq yang disebut oleh orang barat sebagai Gibraltar (kini berada di bawah kuasa Inggeris)....
Sebuah gunung berhampiran
dengan selat yang menghubungkan lautan Atlantik dengan Laut Tengah. Ketika era kegemilangan Islam, bangsa barat (Eropah) tercengang dengan kemajuan Andalusia, Cordoba, Granada dan Sevilla setelah dipimpin Dinasti Bani Umayyah pada tahun 756M. Umat Islam, Kristian dan Yahudi hidup aman penuh rukun selama dua abad lebih di saat itu...
Sebermulanya era Perang Salib, Eropah
telah melancarkan misi Reconquista iaitu misi penaklukan kembali wilayah-wilayah Eropah. Satu persatu bandar-bandar yang mempunyai peradaban yang maju mulai jatuh, Lisboa, Merida, Cordoba, Valencia, Murcia, Sevilla dan kemuncaknya dengan kejatuhan Granada pada tahun 1492M...
Manakala...Siapakah Pula Watak Utama Didalam Filem Tersebut...?

Captain Jack Sparrow : Pelayar Melayu...?

Kajilah Sejak Bila Empayar Melayu Islam Mula Menggunakan Senjata api...?
Adakah Melayu Hanya Tahu Berpencak Bersilat Semata-mata...?
Tahu Kapten Jack Sparrow Itu Diilhamkan Dari Mana...?
Senjatanya...?Tahu Apa Itu Terakol...?
Terakol atau Tarkul adalah Antara senjata popular dikalangan pelaut, pedagang dan lanun-lanun Melayu...
Ia juga tergolong Diantara Senjata Api Melayu Yang Digelapkan Sejarah .
Tarkul atau Terakol ini pada awalnya menggunakan teknologi kancing roda di mana kemajuan teknologi ini
membolehkan ia membakar serbuk bedil Secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.
Terakol berbentuk seperti pistol dan ia
adalah perubahan bentuk dari sebuah lagi senjata silama Melayu bernama Pemuras Yang dikecilkan...
Terakol digunakan di dalam
peperangan Rajah, Datu dan Sultan-sultan di Filipina menentang Sepanyol, juga askar Brunei menentang Rajah Brooke...
Terakol juga digunakan di Patani dan
Melaka. Selain itu, dalam Perang Naning, senjata ini turut digunakan... Sekitar tahun 1530, Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock ( kancing batu
api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
Dalam filem Pirates of Caribbean, Jack
Sparrow menggunakan Terakol jenis kancing batu api (flintlock)
Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama keris mereka.
Teknologi "flintlock" yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol...
Mengenai Captain Jack Sparrow, dia adalah seorang Melayu. Lagenda lanun Melayu "the 19th Malay Regiments of British Royal Navy".

Kurang lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah Captain Jack Sparrow yang berbangsa Melayu ini berada dalam simpanan kerajaan penjajah British...Karekter Captain Jack Sparrow ini diinspirasikan daripada Raja Pelayar Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu...Manakala Nama karekter Barbossa juga diinspirasikan

daripada seorang Pelayar asal Turki,Hector Barbossa Dalam filem Pirates of the Carribean : At World End (Di

Penghujung Dunia) Semua Watak Hebat Ini...( Diilhamkan Dari Tokoh Islam )

Dipenghujung Dunia...?
Masih Ingatkah Anda Ketika Ptolemy,seorang ahli geografi
Yunani melukis peta semenanjung Tanah Melayu,beliau telah menamakan
semenanjung ini 'Golden Chersonese' yang bermaksud Semenanjung Emas ketika manuskrip-manuskrip India Purba menamakan tanah ini sebagai 'Suvarnabhumi' iaitu Tanah Emas...
Sebuah manuskrip Yahudi Purba menceritakan sumber bekalan emas untuk membina negara kota Kerajaan Nabi Sulaiman diambil dari sebuah kerajaan purba di Timur Jauh yang dinamakan Ophir...
Ia Juga Mengelar Negara Dipenghujung Dunia...
Jadi Apa Kaitan Empayar Melayu Islam Melaka Dengan Empayar Islam Uthmaniah Di Turki...?
Masih Tidak Dapat...?
Cahaya Berlapis Cahaya...Pandangan Tembus Ke Mana-mana...
Pandangan Mata Tiada Terlihat Lagi...Wahai Melayu...
Bangsa Yang Tidak Kenal Sejarah...!Pandanganlah Disini...
Lihatlah Disini...!Dengar Dengan Mata HATI Mu...!
Apa Yang Menyebabkan Kau Terlalu Mengagung-agungkan Teori Sejarah Barat...?
Apa Yang Menyebabkan Kau Buta Tidak Mampu Melihat...?
Adakah Kerana Kau Tidak Beragama Atau Tidak Berbangsa...?
Apa Yang Terjadi PadaMu...?Tanya DiriMu...!Siapa Kamu...?
Kamu Berasal Dari Mana...?Manakah Hilangnya SejarahMu...!
Bagaimana Sejarah Mu Boleh Hilang...!!Siapa Yang Menghilangkan...!
Bagaimana Mereka Menghilangkan...!!Bahasa Apa Yang Kamu Gunakan...?
Bagaimana TulisanMu Di Hilangkan...Apa Yang Menyebabkan Kamu Hilang Identiti...
Bagaimana Identiti Mereka Boleh Meresap Dalam Diri Mu...!
LIHATLAH KEADAAN KAMU SEKARANG, LEBIH HINA DARIPADA TAHI...!
Asbab Kamu Melupakan Identiti Bangsa Mu Dan Mengambil Identiti Penjajah Kuffarlah Menyebabkan DiriMu Dijajah Juga....
Apa Perjuangan Bangsa Mu,Kamu Tidak Mengetahui...Apa Yang Diingginkan Hati Kamu Tidak Peduli...
Apa Yang Agama Tekanan Kamu Menjadi Buta Tuli...Kemana Hilang Semuanya Itu...
Akhir Kalam Ku...
Tiada Yang Lebih Mengembirakan Dari Melihat Saudara Ku Memahami Apa Maksud Tersirat Dengan Ucapan :
" TAKKAN MELAYU HILANG DIDUNIA"

p/s sumber :http://kunmuda.blogspot.com/2012/07/masih-ingatkah-anda-akan-filem-pirates.html

No comments:

Post a Comment