Monday, 27 February 2012

Waterfox – Mozilla Firefox Untuk Pengguna 64-bit

Hari ini banyak desktop dan notebook menggunakan Windows versi 64-bit. Untuk mendapatkan tahap maksima bagi perisian 64-bit, korang digalakkan menggunakan aplikasi/perisian versi 64-bit.

Kebanyakkan pembangun aplikasi/perisian membahagikan fail pemasangan dalah 2 versi iaitu 32-bit (x86) dan 64-bit (x64) untuk Windows.

Tetapi malangnya, pihak Mozilla tidak pula mengeluarakn versi 64-bit untuk pelayar internet mereka yang dikenali sebagai Mozilla Firefox. Untuk pelayar Firefox, Mozilla hanya mengeluarkan versi 32-bit untuk pengguna Windows, Linux dan Mac OS.

Memang pihak Mozilla ada mengeluarkan versi 64-bit untuk Firefox yang boleh dimuat turun dari Mozilla FTP, tetapi malang versi itu tidak menyokong keseluruhan pada Windows, Linux, dan Mac OS serta mengundang pelbagai ‘bug‘.

Waterfox adalah aplikasi pihak ketiga (3rd party) yang dibangunkan menggunakan kod yang sama digunakan oleh pihak Mozilla untuk Firefox mereka. Waterfox dibangunkan khas untuk versi 64-bit Windows  bagi mendapatkan tahap kelajuan dan lain-lain yang maksima. Ianya juga memberi kelebihan kepada hardware 64-bit.


Tips Untuk Pengguna Baru Waterfox
Jika anda pernah menggunakan Firefox, kesemua cookies, cache, preference, etc dikongsi pada Waterfox secara automatik. Korang tidak perlu risau pada extensions, addon dan lain-lain baru. Mengenai plug-ins, Hampir kesemua Adobe Flash, Sun Java, Microsoft Silverlight menyokong versi ini Waterfox hanya dibenarkan pasang pada Windows Vista dan Windows 7 versi 32-bit.

Ketahui Versi Windows & Keupayaan Processor Komputer Anda

Muat-turun Waterfox
Aplikasi ini adalah freeware dan portable. Ia boleh digunakan pada Windows 7, Vista, XP, 2000, NT dan Windows Me, 98, 95.

No comments:

Post a Comment